Hari nie nak cerita pasal wanita. Biasa kan kita dengar kaum Adam merungut tentang sikap wanita yang sukar difahami. Tahu tak sebenarnya wanita sendiri tidak boleh memahani diri mereka sendiri? Naluri setiap wanita amat berbeza dan inilah yang menjadiakn wanita ini ISTIMEWA. Bukan OKU ye.
Adakah anda tahu yang wanita sangat menghargai masa? Tapi kaum Adam nie hanya melihat dari segi wanita lambat bersiap, bersolek lama, janji jam 3pm siap 3.30pm. Pernahkah mereka lihat dari perspektif wanita? Mungkin ramai yang tak faham, celah mane wanita nie menghargai masa kalau bersiap 2-3 jam. Tahu tak wanita nie menghargai masa bila bersama dengan yang tersayang. Mereka bersiap lama untuk membuat Kaum Adam berasa bangga dan selesa keluar bersama. Mereka begitu menjaga air muka Kaum Adam. Mahukah rakan anda menegur isteri anda tidak bergaya? selekeh? So,jgn lah merungut.. Senyum plzz...
Wanita juga ingin dihargai sebagaimana Kaum Adam. biasanya kaum adam nie bila rasa sudah tak dihargai mereka akan mencari yang lain tapi bukan wanita. wanita nie seorang yang sabar dan sentiasa cuba memberi peluang walau hati disakiti. Biasakan kita lihat post di Facebook, Instagram n Twitter wanita berkecil hati dengan Kaum Adam tetapi selepas 2-3 hari, kembali ok. Ramai yang berkata itu perkara biasa tapi tau x sebenarnya wanita ni sentiasa memaafkan Kaum Adam? Merajuk tu biasa la. Lumrah wanita yang ingin dimanja dan dihargai. Apabila wanita merajuk, marah baru kaum Adam nie mula nak menghargai dan memahami betapa pentingnya wanita tersebut.
wanita sentiasa ingin disayangi. tapi kaum Adam nie tak paham!. Pada mereka wanita nie hanya mengada-ada dan mengongkong. Salah kan mengongkong kerana sayang? tapi jangan sampai terlebih ya..... Biasanya bila baru berkahwin suami amat romantik tapi selepas 2-3 tahun hilang romantiknya. kasih sayangnya semakin pudar. mereka mudah bosan. tapi wanita semakin hari mereka semakin sayang.tambahan pula jika sudah punya cahaya mata, mereka ingin diberi perhatian lebih. Wanita juga mempunyai naluri ingin dimanja-manja. Rsanya tidak sukar untuk seorang suami menyatakan "abang sayang awak", "i love u" tapi tidak ramai yang begitu. Pada mereka sayang itu tidak perlu diucapkan. tau tak sebenarnya pikiran seperti itu SALAH?? Jika sayang,katakan kerana wanita tersebut akan membalas 2 kali ganda sayang yang diucapkan.. So, mulakan dari sekarang. Ucapkan lah sayang.....
Bila bercakap pasal wanita nie 3 hari 3 malam pun belum tentu habis, tapi yang penting memang lelaki sukar memehami wanita. wanita selalu cakap berkias kerana mahu menjaga hati Kaum Adam. mereka sanggup makan hati dari menyakiti yang tersayang tapi tolong jangan buat wanita marah kerana semua tahu yang wanita klu sudah hilang sabar mereka akan ingat kisah 10 tahun yang lepas. So, jangan main-main dengan wanita.







